Home / Info Umum / Mengenal Jenis Mata Pada Kail

Mengenal Jenis Mata Pada Kail

Sebelum kita pergi ketahap mengasah mata kail marilah kita tengok pada beberapa jenis mata yang terdapat pada kail iaitu:

1. Traditional Cutting Edge With Inside Barb

Mata dari jenis ini adalah yang paling biasa terdapat dipasaran dan banyak digunakan oleh pemancing. Reka bentuknya adalah yang terbaik sekali tetapi mata dari jenis ini memerlukan penjagaan dan perlu diasah selalu.

2. Traditional Cutting Edge with Conical Mechanical Sharpening- “Cone Cut”

Mata dari jenis ini adalah sangat berkesan bagi ikan yang mempunyai bibir yang tebal atau tulang pada mulut. “Cone tip” yang terdapat pada hujung mata amatlah tajam serta kuat sekali. Mata jenis ini perlu diasah selalu kerana ianya mudah tumpul.

3. Conical Point With Flat, Wedge Blade.

Satu mata yang baik terutamanya bagi ikan yang mempunyai mulut yang tidak begitu tebal .Mudah untuk diasah dan memerlukan sentakan untuk mencakuk ikan.

4. Conical Point “Ice Pick Style”

Satu mata yang baik terutamanya bagi ikan yang besar dan ganas yang mempunyai mulut yang tebal. Mata dari jenis ini sangat kuat dan tidak akan mudah membengkok. Senang untuk diasah dan perlu sedikit sentakan atau tegangan pada tali untuk mencakuk.

5. Turn in Barb & Point

Oleh sebab sudut yang membengkok, ia mempunyai satu daya mencakuk yang baik terutama pada ikan yang menyambar umpan. Perlu diasah selalu dan harganya sedikit mahal.

6. Multiple Bards

Mata dari jenis ini amat tidak sesuai sekali sekiranya digunakan untuk memancing secara biasa, Hanya digunakan untuk menunda atau “jigging” kerana mata dari jenis ini perlukan hentakan yang kuat untuk mata menembusi mulut. Amat susah untuk mengasah dan akan merosakan ikan sekiranya hendak mengamal tangkap dan lepas.

7. Beaked or Curved Point

Mata dari jenis ini adalah baik digunakan walau bagaimanapun ianya akan selalu membengkok pada matanya sekira dihentak dengan kuat. Mata dari jenis ini perlulah dijaga dan diperiksa selalu dan ditukar selepas digunakan beberapa kali. Sangat susah untuk mengasahnya dan perlu penjagaan rapi.

Sumber : Iwandi

About Moch Wahib Dariyadi

Saya adalah Bloger asal Malang yang menyukai kegiatan yang berhubungan dengan perkembangan IT, Design dan juga Pendidikan. Berupaya untuk selalu menebarkan kebermanfaatan bagi sesama.

Check Also

Muhammad Ali, bintang tinju muslim itu, ketika namanya akan diabadikan bersama nama para tokoh terkenal di “trotoar para pesohor” di Hollywood

Muhammad Ali, bintang tinju muslim itu, ketika namanya akan diabadikan bersama nama para tokoh terkenal ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *