Wednesday, 22 April 2026
above article banner area

ALIRAN PENDIDIKAN KONSTRUKTIVISME

Hak cipta Indah Fitriani desainwebsite.net

Konstruktivisme didefinisikan sebagai pembelajaran yang bersifat generatif, yaitu tindakan mencipta sesuatu maksud daripada apa yang mereka pelajari. Konstruktivisme sebenarnya bukan merupakan ide yang baru, apa yang dilalui dalam kehidupan kita selama ini merupakan himpunan dan pembinaan pengalaman demi pengalaman. Ini menyebabkan seseorang itu mempunyai pengetahuan dan menjadi lebih dinamik.

Konstruktivisme mempunyai beberapa konsep umum seperti:

1. Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman belajar.

2. Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri pengetahuan mereka.

3. Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.

4. Unsur terpenting dalam teori ini ialah seseorang membina pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara membandingkan maklumat baru dengan pemahamannya yang sedia ada.

5. Ketidakseimbangan merupakan faktor motivasi pembelajaran yang utama. Ia berlaku apabila seorang pelajar menyadari ide-idenya tidak konsisten atau secocok dengan penerangan saintifik.

6. Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan dengan pengalaman pelajar untuk menarik minat pelajar.

”Gestalt’ berasal daripada perkataan Jerman yang bermakna ‘organisasi’ atau ‘konfigurasi’. Ketika Pavlov, Thorndike dan Skinner sedang menguatarkan teor-teori tentang pembelajaran masing-masing, sekumpulan ahli psikologi Jerman turut terlibat dengan mengkaji pembelajaran. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai ahli psikologi gestalt yang terdiri daripada Max Wertheimer (1880-1943), Kurt Koffka (1886-1941) dan Wolfgang Kohler (1887-1967).

Pergerakan gestalt bermula dengan kajian yang dijalankan oleh Wertheimer ketika beliau sedang naik keretapi unuk bercuti di negara Jerman. Beliau ternampak dua lampu yang ‘nyala dan padam’ berseling-selingan mengikut kadar tertentu. Sesiapa yang melihat lampu-lampu tersebut akan nampak seolah-olah lampu itu bergerak ke hadapan dan ke belakang.

Share
below article banner

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *