teori konstruktivisme

Hak cipta Indah Fitriani desainwebsite.net

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam pikiran manusia.  Berdasar teori konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna.  Murid perlu bina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing.  Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid.  Pikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran.  Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri.  Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap pembelajaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, yang akan dibangunkan harus mengambil struktur kognitif yang ada pada mereka. Apabila informasi baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibangun. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.  Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahwa pendidik yang profesional harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berkelajutan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktivitas pembelajaran.

Menurut Wittrock 1978,  teori ini bermaksud pembelajaran itu mesti generatif, yaitu mengambil tindakan bagi mencipta sesuatu maksud daripada apa yang mereka pelajari.  Ia memandang realiti sebagai sesuatu yang dikonstrukkan dan pengalaman menentukan realiti.  Pemikiran merupakan satu instrumen untuk berpikir yang boleh menginterprestasikan adegan, objek dan persepsi daripada hanya memahami dan mengingati pengetahuan secara objektif saja.  Teori ini dicoba mereka suasana di mana pelajar diperlukan untuk menguji proses kefahaman dan membngun konsep mereka sendiri. Pembelajaran adalah aktif,  menyelesaikan masalah berdasarkan kepada penemuan intrinsik.  Faktor yang menentukan pembelajaran terdiri daripada sifat-sifat pelajar itu, pengetahuan sedia ada, motivasi,dan pelbagai tugas pembelajaran.

Share